Friday, May 29, 2009

Mari berkampung di teratak 114




Bismillahirrahmanirrahim. Salam ingatan pada semua.
Alhamdulillah, akhirnya hasil juga blog ini. Blog ini hasil keinginan untuk merapatkan keakraban kami adik beradik, putera puteri Tuan Hj Jamaludin Yaacob, Hjh Rokiah Ahmad, sanak saudara, teman, sahabat, rakan mahupun sesiapa sahaja yang mengenali kami. Di sini tempat kami bertemu dan bertandang dikala masing-masing jauh di mana jua berada. Mungkin dengan cara ini, nilai didikan ayahbonda tercinta masih dirasakan oleh adik beradik kami. Semoga kita sama-sama memeriahkannya. Walaupun tahu, tak berapa pandai pun nak buat blog2 ni. hehe.

Buat isteriku, dirimu jua sebahagian dari keluarga kita.
Begitu juga firdaus(baca;paksu) yang tidak dilupakan.
Buat adik-adikku, teruskan usaha untu menjadi anak-anak kebanggan bonda dan ayahanda tercinta. Sama-sama kita bina Usrati Saadati (Keluarga Bahagia) : (Rumahku,syurgamu) jua.