Monday, March 29, 2010

Alhamdulillah Aufa Seawal Usia 4 bulan















Alhamdulillah syukur pada Ilahi. Kini Nurhanis Aufa dah berusia 4 bulan di alam maya ni. Dah mampu cakap, bergerak2 kakinya dengan pantas, respon dan lain2. Mudah-mudahan Allah sentiasa memelihara anakku ni dalam rahmat hidayah dan kasih sayangNya. Tiada tempat kami bergantung melainkan diriMu jua. Selamatkan lah anakku dari fitnah dunia. Lihatlah wajah2nya pada usianya seawal 4 bulan (28032010).

Friday, December 11, 2009

Nurhanis Aufa



Salam semua.
Salam aidul adha dan Alhamdulillah aidul adha 1430H bersamaan 28 November 2009 menyaksikan lahirnya seorang puteri sulong along dan kak long :), cucu sulong tok wan Jamaludin dan Mak tok, cucu ke 14 bagi bapak/makmertua along, Anak sedara adik-adik along dan abang akak serta adik2 kak long yang diberi nama Nurhanis Aufa. Lahir pada jam 7.12 a.m. di Hospital Sg. Buloh, Selangor. Mudah-mudahan dengan kelahiran puteri ini lahir membesar menjadi anak solehah i'allah.

Thursday, October 8, 2009

Kenangan Eidul Fitri 2009


Berlalu sudah ramadhan dan aidul fitri tahun 1430 Hijrah..Banyak lukisan mewarnai setiap perjalanan kehidupan. Mudah-mudah segala ibadah yang dikerjakan diterimaNya dengan penuh maghfirah dan seluas rahman serta rahimNya. Ibadah dikala sebulan berpuasa, meniti syawal seterusnya dan kini sisa syawal yang ada. Mungkin gambar2 ni boleh mewarnakan lukisan liku2 yang telah dilalui..

Kiri : Gambar menunjukkan org sanggup redah banjir nak beli juadah berbuka posa..bukan itu saja..hok yang jual tu lagilah..sampai tak nampak longkang kat tepi gerai dia..

Thursday, August 20, 2009

Ahlan wa marhaban ya Ramdhan al-Kareem

Assalamualaikum adik2 along...

"Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Syaitan-syaitan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu. "

SENARAI SEMAK PERSIAPAN DAN PERLAKSANAAN PUASA
  • Niatkan rasa sukacita kita dalam hati akan kedatangan bulan suci Ramadhan:
    "Barang siapa yang dihatinya merasa gembira akan kedatangan bulan Ramadhan, maka Allah haramkan jasadnya untuk masuk neraka" – Al-hadith
  • Memohon maaf kepada kedua orang tua, suami/isteri, anak, saudara dan para sahabat atau kerabat anda, dimana setiap hari anda berhubungan dengannya, lupakan kesalahan saudara Muslim anda yang pernah terjadi selama anda berhubungan.
  • Bersihkan pakaian taqwamu dari hadas, najis mahupun penyakit hati (iri, dengki, hasad, hasut, tamak, haloba, sombong, mencela, dendam, berbohong) sebelum , ketika menjalankan ibadah puasa mahupun sesudahnya.
  • Niatkan dalam hati untuk melaksanakan ibadah puasa ini dengan penuh kesungguhan dan sekuat tenaga untuk mejalankan juga ibadah – ibadah nafila (tambahan).
  • Tingkatkan Iman dan Taqwa, Selenggarakan & hadiri majlis ilmu Islam ditempat anda.
  • Perbanyak membaca dan memahami Al-Qur’an Al-Karim, kalau mampu upayakan khatam satu Juz selama ibadah puasa dan jadikan amalan dalam hidup setelah Ramadhan berlalu.
  • Lakukan aktiviti biasa anda sehari-hari dan tingkatkan kualitinya selama Ibadah puasa, tinggalkan perbuatan maksiat dan perbuatan yang sia-sia tanpa nilai pahala
  • Tingkatkan amar ma’ruf nahi munkar, saling nasihat menasihati di jalan Allah dan perbayak bersabar.
  • Usahakan anda beri’tikaf ( berdiam diri / menginap di dalam Masjid untuk memperbanyak kegiatan ibadah) selama sepuluh hari terakhir Ramadhan, sesuai sunnah Rasulmu.
  • Ingatlah, bukan pakaian yang baru yang diterima disisi Allah SWT tetapi kebagusan ibadah kita yang utama.
SELAMAT BERPUASA & BERTERAWIH (",)

Friday, May 29, 2009

Mari berkampung di teratak 114




Bismillahirrahmanirrahim. Salam ingatan pada semua.
Alhamdulillah, akhirnya hasil juga blog ini. Blog ini hasil keinginan untuk merapatkan keakraban kami adik beradik, putera puteri Tuan Hj Jamaludin Yaacob, Hjh Rokiah Ahmad, sanak saudara, teman, sahabat, rakan mahupun sesiapa sahaja yang mengenali kami. Di sini tempat kami bertemu dan bertandang dikala masing-masing jauh di mana jua berada. Mungkin dengan cara ini, nilai didikan ayahbonda tercinta masih dirasakan oleh adik beradik kami. Semoga kita sama-sama memeriahkannya. Walaupun tahu, tak berapa pandai pun nak buat blog2 ni. hehe.

Buat isteriku, dirimu jua sebahagian dari keluarga kita.
Begitu juga firdaus(baca;paksu) yang tidak dilupakan.
Buat adik-adikku, teruskan usaha untu menjadi anak-anak kebanggan bonda dan ayahanda tercinta. Sama-sama kita bina Usrati Saadati (Keluarga Bahagia) : (Rumahku,syurgamu) jua.